still waters.
LanGkaH BerMula...
Perjalanan yang penuh pengajaran..
Monday, 10 March 2014
Sunday, 2 March 2014
hectic.
rindu bumi barakah ni. |
Allah tidak memerlukan kita, sedangkan kita terlalu memerlukan Allah.
ya,terlalu memerlukan DIA.
Begitu juga jalan ini, ia tidak perlu kepada kamu, sedangkan kamulah yang perlu kepadanya
dan seterusnya umat ini, ia tidak perlukan kamu jika yang kamu hulurkan adalah sifat sombong dan memikiri hanya hal dirimu sendiri, tetapi yang umat ini perlukan ialah pengorbanan kamu, air mata kamu, keinsafan kamu, tajarrud kamu, dzatiyah kamu, qudwah kamu, dan kesanggupan kamu untuk melarutkan diri kamu dalam cinta setinggi-tinggi cinta.
Adik-adik tak perlukan hebatmu dalam berbicara.
Adik-adik tak perlukan harta kamu.
Adik-adik tak perlukan rupa kamu yang cantik.
Adik-adik tak perlukan reputasi kamu dalam pelajaran.
Adik-adik tak perlukan kemachoan kamu.
Adik-adik tak perlukan latar belakang kamu yang gah.
Adik-adik perlukan seorang kakak yang sentiasa bertaubat atas dosa-dosanya.
Adik-adik perlukan seorang kakak yang menzahirkan bicaranya.
Adik-adik perlukan seorang kakak yang sentiasa berusaha menyemai keimanan dalam hati mereka. Adik-adik perlukan seorang kakak yang sentiasa bermujahadah untuk membaiki dirinya.
Adik-adik perlukan seorang kakak yang sanggup berkorban demi adik-adik.
Adik-adik perlukan seorang kakak yang setia menemani mereka.
Adik-adik perlukan seorang kakak yang sedia menggalas tugas sungguhpun sedar kemampuan dirinya terbatas.
Adik-adik perlukan seorang kakak yang mencintai dan menyayangi mereka dengan kasih sayang yang bertaut langsung dengan Allah.Sedarlah, cinta ini tersandar atas cinta. Semakin mencintai, semakin dicintai.
Sejengkal kamu mendekati Allah, sehasta Dia mendekatimu. Selangkah kamu menghampiri Dia, seribu langkah Dia mendekatimu.
taujihat di saat diri ini terasa sangat hectic.Semoga Allah nilai sekecil-kecil perkara.
Friday, 14 February 2014
Moga cepat sembuh.
Untukmu sahabat.
Ku titipkan doa dari kejauhan.
UJIAN
dalam kehidupan ini bukanlah untuk menguji kekuatan diri kamu,tetapi untuk
menguji sejauh mana pergantungan dirimu terhadap ALLAH.
Mungkin diri ini tidak berada di posisimu.Namun ku yakin engkau mampu untuk itu.
Jaga dirimu baik-baik.Kerna hatiku ada pada hatimu jua.
Tuesday, 21 January 2014
"Apabila kamu gagal dalam sesuatu perkara. Ketahuilah bahawa Allah tahu itulah yang terbaik buat kamu. Sama ada kerana kamu belum bersedia untuk menghadapi ujian tersebut disebabkan kamu belum mampu untuk memikulnya sekarang atau kerana perkara lain yang akan datang lebih baik bagi kamu. Maka redhalah dengan ketentuan Allah ke atasmu, senyumlah dan jangan sesekali kamu merasa lemah. "
~Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah
Bukan kerana jiwa terlalu sedih terhadap apa yang berlaku. Tetapi kadangkala hati ini dicampakkan rasa dukacita supaya keakraban hubungan dengan Pemilik muka bumi ini makin bertambah.
Perasaan dukacita itu dicampakkan tanpa mengenal usia. Hakikatnya,perasaan hazan inilah yang membawa manusia kembali pada Allah.
Need refreshment!
Saturday, 28 December 2013
my tears.
Seketika pulangnya dari berbulatan gembira ,air mata itu terus membasahi pipi.badan terus terkulai layu.butir-butir kata tak mampu lagi untuk diungkapkan. Bungkam seribu bahasa.
Entah kenapa 'tetamu' yang tak diundang itu hadir membasahi jiwa.Wajahku seharusnya melakarkan senyuman buat ahli bayt yang sentiasa ceria. Namun, aku tak mampu.Terus tunduk menyembah bumi.
Jiwa kembali beremosi.Semoga emosi ini datang dari iman. Lama aku mencari jawapan di sebalik kebungkaman ini.Lantas,aku temui.
"Muhasabah itu perlu.Tapi perlu bina kekuatan dalaman dulu.Agar jiwa di dalamnya bersedia menghadapi seribu satu kemungkinan yang berlaku."
~bait-bait yang tak mungkin dilupakan dan sentiasa berlegar di minda. Jazakillah ukhti atas peringatan.
muhasabah itu sangat perlu supaya kita rasa hidup kita ini berTuhan.supaya kita lebih berjaga-jaga dalam bermuayasyah dengan orang di sekeliling. Benar! kita takkan mampu pun untuk puaskan hati semua orang. Sebab kita manusia. Penuh kelemahan. Penuh dosa.
Tapi berfikirlah secara waras. Husnudzon lah pada DIA yang selalu ada di sisi kita.
Tika ujian dikirimkan,tika itulah wajah tunduk menyembah bumi.pipi dibasahi dengan linangan air mata. Tika itulah jasad tak ingin berganjak dari tikar sejadah.
Allah...itulah manusia.
astarghfirullah atas segala dosa.
bulan yang penuh dengan muhasabah.muhasabah seorang insan yang penuh dengan titik hitam.
semoga jiwa kembali pulih untuk beraksi dengan lebih hebat di pentas dnt.
Menyelak lembaran ayat-ayat cinta-NYA,sungguh menenangkan.
Surah Hud cukup memberi inspirasi. Ayat 3, 52, 61,90. (tertembak bertalu-talu pada diri ini)
#road to final.bismillah.jumpa lagi tahun depan.
Saturday, 7 December 2013
refresh.reflect
Allah tidak memerlukan kita, sedangkan kita terlalu memerlukan Allah.
Begitu juga jalan ini, ia tidak perlu kepada kamu, sedangkan kamulah yang perlu kepadanya.
Begitu juga jalan ini, ia tidak perlu kepada kamu, sedangkan kamulah yang perlu kepadanya.
dan seterusnya umat ini, ia tidak perlukan kamu jika yang kamu hulurkan adalah sifat sombong dan memikirkan hanya hal dirimu sendiri,
Tetapi yang umat ini perlukan pengorbanan kamu, air mata kamu, keinsafan kamu, tajarrud kamu, dzatiyah kamu, qudwah kamu, dan kesanggupan kamu untuk melarutkan diri kamu dalam cinta setinggi-tinggi cinta.
Friday, 6 December 2013
~EPIC
Orang yang merendah diri,ilmunya lebih banyak.
المتواضع من طلاب العلم اكثرهم علما
كما ان المكان المنخفض اكثر البقاء الماء
Penuntut ilmu yang merendah diri akan lebih banyak mendapat ilmu seperti tanah yang lebih rendah akan banyak dapat menampung air.
العلم حرب الفتى المتعالي
كالسيل حرب للمكان العالي
Ilmu itu adalah lawan bagi anak muda yang sombong sebagaimana aliran air yang mengalir. Tidak mungkin akan mengalir ke tempat tinggi.
Tersentap sungguh kali ni mendengar butir-butir kata yang meniti di bibir penceramah,Ustaz Khairi bin Zainuddin. Lulusan Al-Azhar,Mesir. Beliau ada cakap, "sebab kita bodohlah kita kene belajar.Orang yang berlagak pandai dengan ilmu akan study last minute dan study malam exam"
memang,kalau nak dibandingkan kita dengan orang yang menuntut ilmu pada zaman dahulu bagai langit dengan bumi. Mereka jauh lebih tawaddhuk dengan ilmu yang dimiliki.Betul2 berusaha. Bukan macam orang zaman sekarang. Sikit2 semua guna internet.
T___________T
*Mohon terasa wahai penuntut ilmu. :(
Subscribe to:
Posts (Atom)