Friday, 10 May 2013

Tuhan Itu Dekat..






Ketahuilah bahawa setiap zarah pengorbanan kita di atas jalan dakwah tarbiyah ini,
dikira sebagai amalan kebaikan di sisi-Nya nanti,
maka di manakah rugi?

Jangan disangka bahawa Allah tidak memandang kita ini,
sesungguhnya Dialah Yang Maha Melihat,
Maha Mendengar,
Maha Adil,
dan tidak akan sesekali menzalimi.

Apa gunanya hidup sebagai muslim,
tetapi tidak menyebarkan Islam,
apa guna dicaci agenda kristinisasi,
jika Muslim tidak menggerakkan agenda Ilahi bermula dari diri sendiri?

Maka hiduplah sebagai hamba,
diri ini Ilahi punya,
taat perintahNya jauhi laranganNya,
kita duta-duta buat agamaNya.

~INI KALILAH! ohoi... gerabak terus berjalan tanpa hentinya.....

2 comments: