Saturday 28 April 2012

isbir ya ukhti...:)

When you feel down....
because you didn't get what you want,
just sit down and be cool..
take a deep breath,
and say Subhanallah,
calmly and be happy,
because maybe Allah has thought of something better to give you.



DIA dah susun cantik...
dan susunan DIA paling cantik. ^_^






Wednesday 25 April 2012

touch and go....

35 : 15
we need You everyday,
each second
each minute..
help me Allah to become strong person...:)

Tuesday 24 April 2012

Qul..amantubillah..~



Orang kata , semakin banyak kau beriman..
''Kau akn diuji terus bertubi-tubi..''
Orang kata , semakin banyak kau berbuat baik..
''Kau akn terus berdepan dgn masalah..''
Ini semua benar.. Menjadi org yg baik bukan senang..
Sebab itu.. ia terus..
Diuji supaya menjadi baik.."
Allah itu Maha Adil...:)
Moga hammasah kita sentiasa 'segar'
ibarat bunga sakura ni...:P


Saturday 21 April 2012

Sakit ITU Tarbiyyah.




          "bila nikmat sihat berlalu pergi, sakit pula datang menyapa."


tika itu baru sedar betapa berharganya nikmat sihat..
nikmat yang sering kita lupakan.Allahurobbi~


Wahai Pemilik nyawaku 
Betapa lemah diriku ini 
Berat ujian dariMu 
Ku pasrahkan semua padaMu 

Tuhan, baru ku sedar 
Indah nikmat sihat itu 
Tak pandai aku bersyukur 
Kini ku harapkan cintaMu 

Kata-kata cinta terucap indah 
Mengalir berzikir dikidung doaku 
Sakit yang ku rasa 
Biar jadi Penawar dosaku 

Butir-butir cinta airmataku 
Teringat semua yang Kau beri untukku 
Ampuni khilaf dan salah selama ini 
Ya Ilahi ... 
Muhasabah cintaku ... 

Tuhan, kuatkan aku 
Lindungi ku dari putus asa 
Jika ku harus mati 
Pertemukan aku dengan Mu 

credit to song 'Muhasabah Cinta'...:P

dalam hidup tak siapa yang tak pernah diuji.
ujian Allah tu tanda Allah btol2 concern kt kita.
tika perit menyelubungi diri,kita perlu berlapang dada,redha..itulah dia hamba yang beriman.
sudah menjadi lumrah manusia,bila diuji je dengan rasa sakit sedikit..kita pasti cari Tuhan kita.

"Ya Allah..dengarlah rintihan hamba-MU yang lemah ini.."
tengok!!
kita sangat2 memerlukan DIA..

"Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dari-NYA. Hanya kepada-NYA aku bertawakkal"
                                                                 surah at-taubah:129




bersabarlah duhai hati-hati yang sedang diuji tika ini..ketahuilah bahawa ujian itu mematangkan iman kita yang masih mentah tu...^_^


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung."
                                             surah ali-imran :200


andai dirimu diuji,Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan.
setiap kesusahan itu pasti diakhiri dengan kebaikan & kemuliaan.
Moga kedukaan itu diganti dengan ketenangan. jom husnu dzon pada Allah..:)




surah ali-Imran :139






Friday 20 April 2012

~HaTi SakiT VS bAdAn SaKiT~

"Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging.
Apabila baik daging itu,maka baiklah seluruh anggotanya.
Sebaliknya,jika jahat daging itu,maka jahatlah seluruh anggotanya.
Ketahuilah bahawa daging itu ialah HATI."
(Riwayat Al-Bukhari)


surah Ibrahim :34

Allah sangat mencintai kita.
Bukti??
Allah wujudkan kita atas muka bumi nie.
Allah yang jadikan kita daripada tiada ------> ada.
Sayangnya Allah pada kita kan...


haa...sebelum tu,kenapa kita perlu mencintai seseorang? (alamak,soalan ape tuh?) baca sampai habis dlu..relax2~
adakah sebab kaya??...(dia tu ank jalaluddin hassan..kayaaaa tuuu..)
adakah sebab cantik mcm siti nurhaliza??
adakah sebab baik hati?? (tersentak ana. banyak sangat dia tolong tu..) tersentak??

kalau la kita tengok berdasarkan sikap materialistik tu mmg x ke mana laa.
kalau cinta kita hanya sebab orang tu banyak sangat budi & jasa,
maka Allah laa yang paling banyak budi & jasa..
Setiap hari kita mesti inginkan kebaikan,kasih sayang,keadilan,keindahan & lain-lain sifat mulia.
fitrah manusia nakkan kebaikan.
kalau kita dipinggirkan,kita mesti nak kasih sayang 'bagai menatang minyak yang penuh'.
kalau kita dizalimi,mesti kita nak tegakkan keadilan..(bukan politik ye!)
sedar tak? bila kita nak sume tu kita sebenarnya mencintai Allah.
Sebab sume yang kita nak tu,Allah je yang miliki sume tu..

TAPI...
kita tak sedar,sebenarnya ada benteng tuk kita mencintai Pencipta kita tu.
itulah dia KEJAHILAN..jahil tu bukan sebab tertutup pintu akal tapi tertutup pintu hati yang Allah kasi ni utk kenal DIA.
(moga kita x tergolong dalam kalangan tu)


ANALOGI   :  H i VS  B N s T

kita sekarang sihat walafiat..makan pon sedap kan.^_^
tiba-tiba satu hari tu,Allah tarik nikmat sihat..kita jatuh sakit dan Allah kasi kita demam..
( mase tu baru tau betapa bersyukurnya Allah bagi nikmat sihat..kan? )
bila demam melanda,
tekak jadi pahit,
bibir merekah,
hidung pon tersumbat, (pnuh dgn mucus2)..:P
nak makan pon xde selera..
hidang makanan lazat mana pun,tetap xde selera nak makan??
kalau tetiba selera,pelik la tu...huhu
sebenarnye makanan tu sedap je..cuma diri kita je tak berupaya merasa makanan sedap tu.
~ begitulah umpamanya apabila kita degil utk mencintai Allah.
  BUKAN sebab Allah tak agung, tapi hati kita yang sakit tu tak berupaya menikmatinya.

Moga kita sama2 tergolong dalam orang yang sedang "dilamun" cinta dengan Allah.












Monday 2 April 2012

Bijaklah awak....

                    " Apabila manusia itu pandai,maka kepandaian itu sebenarnya datang daripada Allah."



Bilamana dia berilmu dan memperolehi sesuatu yang baru,maka Allah 
jugalah yang mengajarkan ilmu itu. 
Bukannya dia dapat secara tiba-tiba.. ("dush!! nah,amek pandai ni....") huhu.. 
tak logik kan?


 Allah Yang Maha Mulia lah yang mengurniakan kepandaian tu kepada hamba-NYA. 
dahla secara 'balasah'.
Tapi manusia kadang2 tak sedar (include myself) akan nikmat tu. 
Asalnya manusia serba jahil,kerdil,lemah,naif. Tapi bilamana Allah bagi je nikmat kebijaksanaan tu,manusia terus bertukar jadi mcm 'power rangers'..errr,,ye ke?? 
 Nak cakapnya kat sini bila Allah kata 'kun fayakun',
tup! dapatlah kepandaian yang anda inginkan.. 
dlm Al-quran pun ad sebut.. 
Jom cuci mata jap..^_^








Allah langsung tak mintak bayaran apa-apa pun dari kita hatta 1 sen pun. 
TAPI,satu je yang Allah nak. Allah suh kita taat pada perintah-NYA.
 bila bukak cite pasal taat ni,aduyaiii..manusia susah bebenor mujahadah nak
 tinggalkan perkara2 buruk..kan? ( cakap berdasarkan pengalaman penulis..hehe). .
walau mcm mne pun,kne jugak mujahadah..
tinggalkan jahiliyyah yang berkarat tu..
Jom sama2 kita cuci biar berkilat gitu...




tengok! kasut pun mau kilat. nk suh org pakai..:P




So,bila Allah kurniakan kepandaian kat kita apa kita nak buat? 
bangga diri?
 nak pangkat tinggi menjulang? 
na'uzubillah. kepandaian tu Allah bagi bukan saja-saja.
 Allah nak suh kita makin kagum dengan ilmu-NYA yang sangat luas..
Bagaimana manusia boleh menjadi sombong walhal ilmu yang dititipkan 
kepada mereka itu hanyalah umpama titisan-titisan air yang mengalir 
pada jari mereka setelah dicelupkan ke dalam lautan luas. Sedangkan
 ilmu Allah umpama air di dalam keluasan lautan yang tak bertepi.

Apabila Allah mengurniakan kita ilmu pengetahuan,ianya bererti ilmu itu
 satu amanah yang wajib kita syukuri dan bakal dipertanggungjawabkan 
di akhirat kelak.. takutnye..:(   
banyak sebenarnya peranan kita bila bergelar orang yg berilmu ni.
 salah satunya,cuba amalkan tabiat berkongsi ( sharing is caring).
misalnya,bilamana kita belajar atau ikut usrah ke cuba utk 
memuntahkan ilmu / fikrah yang kita dapat  kat kawan2 
kita yang lain apa yang kita dapat. Moga itu menjadi saham kita di akhirat kelak..

Wallahua'alam.. Moga Allah redha..:)



* nota kaki : balash tu maksudnya percuma..^_^