Sunday 23 September 2012

Panggilan Allah :)


Bismillah…
Setelah lama tdk mengupdate blog…akhirnya Allah msih m’beri nafas juga kekuatan utk meneruskan penulisan yg agk ohseemm ni... (angkat bakul sendiri boleh takk..??)
Di dlm al-Quran,surah al-ahzab ayat 56,Allah menyatakan yg bermksud “Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat kpd nabi. Wahai org yg beriman,berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Jom selawat ke atas nabi..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
Setelah hampir sebulan pulang dri Tanah suci Makkah al-Mukarramah,byk yg ingin dikongsikan kpd rakan di luar sana. Semoga Allah mudahkan penulisan ini..
Jemputan ke rumah Allah adalah suatu yg diimpikan oleh setiap umat Islam. Jika diimbau kembali sewaktu tahun pertama berada di bumi Jordan,(sekarang tahun kedua,insyaAllah) seringkali aku mengungkapkan utk ke tanah suci dan berhajat  membawa kedua org yg aku sayangi.. :)  ma & abah..

Tidakku sangka akhirnya,ungkapan itu menjadi kenyataan yg ternyata mmg tdk dirancang…umrah selama sbulan lebih di tanah suci pd bulan Ramadhan…subhanallah.. itulah kerja Tuhan.Aturan DIA sgt cantik.terima kasih ALLAH!!

“….Dan Allah menentukan sesiapa yg dikehendakinya (utk diberi) rahmatnya dan Allah mempunyai kurnia yg besar.”
(Surah al-Baqarah: 105)

Pada 17julai, itulah hari yg dinantikan.aku bersama ma & abah berangkat utk ke tanah suci.
 Sebelum bertolak,kami berdoa agar Allah permudahkan sgala urusan.setelah itu,bermulalah langkah kami sebagai seorang musafir yg menyahut panggilan-NYA..
Terasa sangat dekat dengan-NYA tika itu.



“Ya Allah,kami mohon keampunan-MU.Kami mohon keberkatan dan kerahmatan-MU. Ya Allah,ketika Engkau memberikan rasa nikmat,takut dan gentar kepada-MU,jangan Kau palingkan perasaan tersebut.Kami ingin beribadat kepada-MU,Ya Allah.Kau berilah kekuatan kepada kami.”

Penerbangan jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah,Arab Saudi memakan masa lebih kurang 9 jam.

~baru shja mendarat di lapangan terbang di Jeddah~

 
Tepat jam 6.30ptg waktu Saudi,aku tiba di Lapangan Terbang Abdul Aziz,Jeddah.kemudian,rombongan di bawah agen RAYHAR TRAVEL diminta menaiki bas yg disediakan utk perjalanan seterusnya iaitu ke Madinah Al-Munawwarah..bermulalah kehidupanku utk bertutur arab..^_^ (setelah sebulan berada di Malaysia)

Utk pengetahuan semua,jarak dri Jeddah ke Madinah sejauh 420 KM. Manakala jarak dari Makkah ke Madinah sejauh 430 KM. Cuaca pada waktu itu sangat panas sehingga mencecah 55 darjah celcius.

Dallah Taibah Hotel menjadi pilihan kami utk menginap di situ.sangat dekat dengan masjid Nabawi! Masjid yg pertama didirkan Rasulullah..
Subhanallah…
mcm x percaya pon ade..akhirnya,smpai jua di kota yg bercahaya..tempat di mana Rasulullah menyebarkan dakwahnya..Rasulullah sgt sayangkan masyarakat Madinah berbanding masyarakat di Makkah.sebabnya masyarakat di Madinah lebih meraikan dakwah Rasulullah. Sehinggakan Rasulullah mengkhabarkan jgn sakiti masyarakat Madinah. Betapa sayangnya Rasulullah terhadap penduduk di Madinah. 

    


BERSAMBUNG……..