Bismillah…
Setelah
lama tdk mengupdate blog…akhirnya Allah msih m’beri nafas juga kekuatan utk
meneruskan penulisan yg agk ohseemm ni... (angkat bakul sendiri boleh takk..??)
Di dlm
al-Quran,surah al-ahzab ayat 56,Allah menyatakan yg bermksud “Sesungguhnya
Allah dan para Malaikatnya berselawat kpd nabi. Wahai org yg beriman,berselawatlah
kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
Jom selawat
ke atas nabi..
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
Setelah hampir
sebulan pulang dri Tanah suci Makkah al-Mukarramah,byk yg ingin dikongsikan kpd
rakan di luar sana. Semoga Allah mudahkan penulisan ini..
Jemputan ke
rumah Allah adalah suatu yg diimpikan oleh setiap umat Islam. Jika diimbau
kembali sewaktu tahun pertama berada di bumi Jordan,(sekarang tahun
kedua,insyaAllah) seringkali aku mengungkapkan utk ke tanah suci dan berhajat membawa kedua org yg aku sayangi.. :) ma &
abah..
Tidakku
sangka akhirnya,ungkapan itu menjadi kenyataan yg ternyata mmg tdk dirancang…umrah
selama sbulan lebih di tanah suci pd bulan Ramadhan…subhanallah.. itulah kerja
Tuhan.Aturan DIA sgt cantik.terima kasih ALLAH!!
“….Dan
Allah menentukan sesiapa yg dikehendakinya (utk diberi) rahmatnya dan Allah
mempunyai kurnia yg besar.”
(Surah al-Baqarah:
105)
Pada 17julai, itulah hari yg dinantikan.aku
bersama ma & abah berangkat utk ke tanah suci.
Sebelum bertolak,kami
berdoa agar Allah permudahkan sgala urusan.setelah itu,bermulalah langkah kami
sebagai seorang musafir yg menyahut panggilan-NYA..
Terasa sangat
dekat dengan-NYA tika itu.
“Ya Allah,kami
mohon keampunan-MU.Kami mohon keberkatan dan kerahmatan-MU. Ya Allah,ketika
Engkau memberikan rasa nikmat,takut dan gentar kepada-MU,jangan Kau palingkan
perasaan tersebut.Kami ingin beribadat kepada-MU,Ya Allah.Kau berilah kekuatan
kepada kami.”
Penerbangan
jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah,Arab
Saudi memakan masa lebih kurang 9 jam.
~baru shja mendarat di lapangan terbang di Jeddah~ |
Tepat jam
6.30ptg waktu Saudi,aku tiba di Lapangan Terbang Abdul Aziz,Jeddah.kemudian,rombongan
di bawah agen RAYHAR TRAVEL diminta menaiki bas yg disediakan utk perjalanan
seterusnya iaitu ke Madinah Al-Munawwarah..bermulalah kehidupanku utk bertutur
arab..^_^ (setelah sebulan berada di Malaysia)
Utk
pengetahuan semua,jarak dri Jeddah ke Madinah sejauh 420 KM. Manakala jarak
dari Makkah ke Madinah sejauh 430 KM. Cuaca pada waktu itu sangat panas
sehingga mencecah 55 darjah celcius.
Dallah Taibah
Hotel menjadi pilihan kami utk menginap di situ.sangat dekat dengan masjid
Nabawi! Masjid yg pertama didirkan Rasulullah..
Subhanallah…
mcm x percaya pon
ade..akhirnya,smpai jua di kota yg bercahaya..tempat di mana Rasulullah
menyebarkan dakwahnya..Rasulullah sgt sayangkan masyarakat Madinah berbanding
masyarakat di Makkah.sebabnya masyarakat di Madinah lebih meraikan dakwah
Rasulullah. Sehinggakan Rasulullah mengkhabarkan jgn sakiti masyarakat Madinah.
Betapa sayangnya Rasulullah terhadap penduduk di Madinah.
BERSAMBUNG……..