Saturday, 28 December 2013

my tears.


Seketika pulangnya dari berbulatan gembira ,air mata itu terus membasahi pipi.badan terus terkulai layu.butir-butir kata tak mampu lagi untuk diungkapkan. Bungkam seribu bahasa.
 Entah kenapa 'tetamu' yang tak diundang itu hadir membasahi jiwa.Wajahku seharusnya melakarkan senyuman buat ahli bayt yang sentiasa ceria. Namun, aku tak mampu.Terus tunduk menyembah bumi.

Jiwa kembali beremosi.Semoga emosi ini datang dari iman. Lama aku mencari jawapan di sebalik kebungkaman ini.Lantas,aku temui.

"Muhasabah itu perlu.Tapi perlu bina kekuatan dalaman dulu.Agar jiwa di dalamnya bersedia menghadapi seribu satu kemungkinan yang berlaku."
~bait-bait yang tak mungkin dilupakan dan sentiasa berlegar di minda. Jazakillah ukhti atas peringatan.

muhasabah itu sangat perlu supaya kita rasa hidup kita ini berTuhan.supaya kita lebih berjaga-jaga dalam bermuayasyah dengan orang di sekeliling. Benar! kita takkan mampu pun untuk puaskan hati semua orang. Sebab kita manusia. Penuh kelemahan. Penuh dosa.
Tapi berfikirlah secara waras. Husnudzon lah pada DIA yang selalu ada di sisi kita.
Tika ujian dikirimkan,tika itulah wajah tunduk menyembah bumi.pipi dibasahi dengan linangan air mata. Tika itulah jasad tak ingin berganjak dari tikar sejadah.




Allah...itulah manusia.

astarghfirullah atas segala dosa.

bulan yang penuh dengan muhasabah.muhasabah seorang insan yang penuh dengan titik hitam.
semoga jiwa kembali pulih untuk beraksi dengan lebih hebat di pentas dnt.

Menyelak lembaran ayat-ayat cinta-NYA,sungguh menenangkan.
Surah Hud cukup memberi inspirasi. Ayat 3, 52, 61,90. (tertembak bertalu-talu pada diri ini)

#road to final.bismillah.jumpa lagi tahun depan.



 







Saturday, 7 December 2013

refresh.reflect









 Allah tidak memerlukan kita, sedangkan kita terlalu memerlukan Allah.

Begitu juga jalan ini, ia tidak perlu kepada kamu, sedangkan kamulah yang perlu kepadanya.
dan seterusnya umat ini, ia tidak perlukan kamu jika yang kamu hulurkan adalah sifat sombong dan memikirkan hanya hal dirimu sendiri,
 Tetapi yang umat ini perlukan pengorbanan kamu, air mata kamu, keinsafan kamu, tajarrud kamu, dzatiyah kamu, qudwah kamu, dan kesanggupan kamu untuk melarutkan diri kamu dalam cinta setinggi-tinggi cinta.





Friday, 6 December 2013

~EPIC


Orang yang merendah diri,ilmunya lebih banyak.


المتواضع من طلاب العلم اكثرهم علما

كما ان المكان المنخفض اكثر البقاء الماء

  Penuntut ilmu yang merendah diri akan lebih banyak mendapat ilmu seperti tanah yang lebih rendah akan banyak dapat menampung air.


العلم حرب الفتى المتعالي

كالسيل حرب للمكان العالي

 Ilmu itu adalah lawan bagi anak muda yang sombong sebagaimana aliran air yang mengalir. Tidak mungkin akan mengalir ke tempat tinggi.


Tersentap sungguh kali ni mendengar butir-butir kata yang meniti di bibir penceramah,Ustaz Khairi bin Zainuddin. Lulusan Al-Azhar,Mesir. Beliau ada cakap, "sebab kita bodohlah kita kene belajar.Orang yang berlagak pandai dengan ilmu akan study last minute dan study malam exam"

memang,kalau nak dibandingkan kita dengan orang yang menuntut ilmu pada zaman dahulu bagai langit dengan bumi. Mereka jauh lebih tawaddhuk dengan ilmu yang dimiliki.Betul2 berusaha. Bukan macam orang zaman sekarang. Sikit2 semua guna internet.

T___________T

*Mohon terasa wahai penuntut ilmu. :(
 
 

Wednesday, 6 November 2013

noktah.



penat melayan perasaan penat.

say noktah untuk penat.








kerap mengeluh dengan taklifan dakwah..hmm,ikhlas ke kita?



Wednesday, 23 October 2013


"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"
                                                                      (Surah Qaaf :16)

Ya Allah, hinggakan pada posisi mata! Mata yang meng’usha’, mata yang terpana pada raut wajah yang Allah gesa supaya tundukkan pandangan mata! Pandangan mata yang dia kira, dia seorang sahaja yang tahu, rasa dan fahami. Sungguh itu tidak lepas dari pengetahuan Allah SWT!
(jaga-jaga dengan mata!dari mata turun ke hati ) >.<

Hinggakan pada hati yang was-was! Hinggakan pada lintasan hati dan fikiran yang bermain-main dalam dirinya sendiri. Dia mengira, semua itu sekadar dalam diri dan hati, sedang manusia lain tak ketahui. Tak dengar. Tetapi sedarilah, hakikatnya Allah tahu!

Sungguh, tiada satu pun, terselindung di balik pengetahuan Allah yang Maha Mengetahui!

Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah.  Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.

Rasulullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”

Bila membayangkan kedudukan diri di akhirat nanti, dengan kedaan hati yang sebegini… entah di kedudukan manakah kita kelak ?


Di posisi manakah kau, hati?
Di posisi manakah kau, hati?

Di posisi manakah kau, hati?


serius!  Menguruskan segumpal daging dalam diri yang bernama hati ini, rumit. cukup RUMIT.
manusia tak mampu nak menilai dengan kaca mata. hanya Allah je yang menimbang tara sejauh mana hati kita benar-benar tertaut pada-NYA.

oh hati,kembalilah pada DIA Yang Maha Esa.



Sehubungan dengan itu, imam Al-Ghazali memberi panduan :

“Carilah hatimu pada tiga tempat.  Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran.  JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.  Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.  Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”






Tuesday, 8 October 2013


kita buat semua benda untuk apa?

pujian?
ikut flow?
manusia?
murobbi?

tajdid niat please!

jalan ini masih jauh.

meh buang apa yang tak patut.buat berat je.


lari jauh-jauh ye jahiliyah!

congratulation both of you!



alf mubarak akhi Mohd Dhiaulhaq dan kakak ipar kak Ain Hidayah !
 (tetiba ada post istimewa di laman ni >.<)










makin berkurang la ahli 'single' family ustaz man.

kita ikut turn.so,tunggu utk next plak :D

بارك الله لكما وجمع بيناكما في الف الخير  ~

Tuesday, 13 August 2013

nak Ramadhan lagi.. :'(

langkah kembali bermula.
lama menyepikan diri.bukan sengaja.
moga setiap detik yang berlalu sentiasa dinaungi rahmat-NYA.


ramadhan telah pun meninggalkan kita.namun,adakah roh ramadhan benar-benar meresap dalam jiwa?

muhasabah.muhasabah dan teruslah muhasabah.

kini berada di medan syawal.puasa 6 jangan lupa.tanda syukur dan penghargaan kita terhadap Pencipta kita setelah sebulan DIA menawarkan bonus yang berlipat-ganda dan serius cukup lumayan.


rindu ramadhan.tahun depan belum tentu dipilih. :'(
jom bawa roh ramadhan hari-hari.

~sedih sbb rasa tak buat yang terbaik ramadhan kali ni.sedangkan Allah dah bagi peluang seluas-luasnya utk beramal.




# mood ramadhan lagi.




Saturday, 8 June 2013

Palestine Fi Qalb :)

7 Jun 2013

Menyaksikan masyarakat seantero dunia yang jelas mengutuk,membenci,menentang,menendang,kekejaman Israel laknatullah..
GMJ (Global March To Jerusalem) merupakan titik tolak dari keimanan bahawa Al-Quds adalah milik umat Islam dan tanda sokongan masyarakat di seluruh dunia tanpa mengira bangsa,warna kulit,ketinggian,universiti mana,tinggal di mana dan seumpamanya..

Sedikit pencerahan buat mereka yang masih kesamaran mahupun kegelapan mengenai GMJ.
Ayuhlah kita sama-sama menggembleng usaha untuk mempertahankan Palestin yang tercinta.
Usaha mcm mana plak ni?

erm,tuan-tuan..puan-puan..
banyak usaha yang boleh kita lakukan.antaranya..menyebarkan risalah atau berita mengenai perkembangan yang berlaku di tanah sana.boleh juga menukar profile picture sbg tanda sokongan kita. dan banyak cara lagi. Mungkin neraca manusia itu hanyalah usaha kecil.neraca Allah,siapa yang tahu.

"Jangan perkecilkan amalan soleh yang kita lakukan,kita tak tahu amalan mana yang membawa kita ke syurga. " -H-
 



Ayuh umat Islam.kita bangkit dari mimpi indah lantaran terlalu penat melakukan kerja ? hurm..mungkin

Bangkitlah!
Di manakah kalian umat Islam para pemuja kebebasan?
Di manakah kalian yang selalu berkobar tentang perdamaian dan kemanusiaan?
Di manakah kalian semua??

Tanah mereka tanah kita.kesedihan mereka,kesedihan kita jua.Mereka itu saudara kita. Tegarkah kita melihat penderitaan mereka..disiksa..dibunuh..? Tegarkah kita?



sedikit liputan GMJordan yang bertempat di Bayt Israa' ;)


Maklumat lanjut boleh didapati di laman Aqsa Syarif :)



Ya Allah,masukkanlah kami.tercatat sebagai syuhada'mu.



From river to the sea..Palestine Will Be Free :)




Ayuh,bersatu demi Palestin!




 Sign as our support to GMJ :)

 


Let us pray for our brothers and sisters.




-Palestina Tercinta-

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsa tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsa yang mulia
Kami kan terus bersamamu 

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Allah, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Allah, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu.


Bayt Irsal
09062013
12.27 am







Saturday, 18 May 2013

# Homesickness


#1

anak : assalamualaikum,boleh bercakap dengan puan zainon?

ibu : (gelak-gelak santun) ye..ni puan zainon bercakap.tadi adah ke yang call rumah?

anak : alamak..ma ni perasan je suara adah.baru nak menyamar jadi "pegawai" td..(terkantoi)

ibu : suara anak.mestilah.

anak : (diam terkedu plus terharu)


#2 

anak : boleh bercakap dengan encik Abdul Rahman?

ayah : (gelak-gelak sopan). adah la ni..

anak : abah!!! hehe.. kena cuba menyamar lagi lah.cubaan pertama tak berjaya.
           abah...
           esok adah exam bahasa russia.abah doakan tau.

ayah : abah selalu doakan untuk adah.insyaAllah..adah berjaya.

anak : abah,adah nak kata-kata semangat dari abah boleh?
           rindu nak dengar abah bagi nasihat.
           (cuak sebab tempoh bercakap tinggal beberapa saat lagi)

ayah : adah,                                                                                                                                            

ومن طلب العلا سهر الليالى                                                                                                                                                                                           
(Sesiapa yg mencari ketinggian/kemuliaan, maka hendaklah dia berjaga malam)

ingat,jangan terlalu banyak makan,sekadar alas je.

teeeeeeetttttttttttttt....

anak : abahhhh..... (menangis dalam hati)
           x sempat jugak nak dengar abah menghabiskan kalamnya yang terakhir.abah...
           rindu abah ma... :"(

kali ni tersentap lagi.abah selalu pesan.nak dapat ilmu bukan senang.nak dapat betul-betul kepekatan ilmu tu kena korbankan masa,tenaga,waktu tidur....dan nafsu makan (yang ni paling terasalah.hoho..lebih-lebih lagi time exam) mulalah nak makan tu,makan ni.

perbualan ni sebenarnya panjang je.tapi ringkaskan.kata orang,amek yang khowatir je yang nak share kt org..^^

Abah,abah sangat osem.abah suka buat adah terharu.
Ma,ma sangat menarik.kalau time cakap je mesti ma akan tanya,kt sana dah masuk musim apa?
by the way,ma suka bunga.mesti ma ingat musim bunga lagi..hehe

Hurmm,beribu batu jauh mana pun anaknya tinggal,mak ayah tetap dapat cam suara anaknya.
apa yang terdetik,apa yang diperlukan,apa yang nak diceritakan.
Allah,mukjizat sungguh!
Nak tipu mak ayah? kononnya takde masalah.silalah!
tapi bau tu dapat dihidu jugak..
nak tipu cakap takde duit? tafaddhol..
nanti tgk dalam bank tetiba amount naik. >.<  (makan cili rasa pedas,makan ayam goreng terasalah kerangupannya.ehehh..)

#3

untuk itu,ana menyarankan kt sume kengkawan di luar sana,jagalah hak mak ayah kita.orang cakap,di mana pun kita berada,sesungguhnya kita bawak wajah mak ayah kita.
hargailah mak ayah sementara mereka masih ada.mereka perlukan ke"caring"an  kita..ehehh..
at least dalam seminggu, mesti ada sekali call mak ayah.
bila duduk jauh ni,penyakit homesick tu normal.especially time mood exam.

#mood homesick














 








Friday, 10 May 2013

Tuhan Itu Dekat..






Ketahuilah bahawa setiap zarah pengorbanan kita di atas jalan dakwah tarbiyah ini,
dikira sebagai amalan kebaikan di sisi-Nya nanti,
maka di manakah rugi?

Jangan disangka bahawa Allah tidak memandang kita ini,
sesungguhnya Dialah Yang Maha Melihat,
Maha Mendengar,
Maha Adil,
dan tidak akan sesekali menzalimi.

Apa gunanya hidup sebagai muslim,
tetapi tidak menyebarkan Islam,
apa guna dicaci agenda kristinisasi,
jika Muslim tidak menggerakkan agenda Ilahi bermula dari diri sendiri?

Maka hiduplah sebagai hamba,
diri ini Ilahi punya,
taat perintahNya jauhi laranganNya,
kita duta-duta buat agamaNya.

~INI KALILAH! ohoi... gerabak terus berjalan tanpa hentinya.....

Wednesday, 10 April 2013

abaikan tarikh di atas..
yang pasti post ni ditulis tepat 11 April!

next hadiah kan?

nah...saya kerjakan awak habis-habisan hari ni..


 


disebabkan saya duduk jauh beribu-ribu batu dari tempat awak..ini jelah yang mampu saya ungkapkan.. :P

dear awak,
terima kasih menjadi pendengar setia dari dulu,kini dan selamanya...
meskipun kita tak pernah bergaduh,tapi kita pernah merajuk sama2..eheh... (time SPM kan)


"semoga Allah kurniakan umur yang panjang,rezeki yang diberkati,ilmu yang bermanfaat,dikurniakan jodoh yang soleh..Ya Allah,semoga ikatan persahabatan ini kekal hingga ke syurga.." 
ameen~



Sanah helwah Aini Syahida bt Mohd Hajazi !

                                                          

p/s :  This msg has No Fat 
           No cholesterol n No Addictive 
           this is all natural except, with a lot of sugar.  
           But it can never be as sweet as the one reading it. :)







Sunday, 17 March 2013









No matter how difficult our situation is, no matter how hard the road, you have shown to us that this life is so meaningless without dakwah. 

seriously,dakwah and tarbiyyah is everything!
Allah thabatkan kami dalam gerabak ini..
ameen~

 

Thursday, 14 March 2013

dutch lady kot..



waktu kecik-kecik suka sangat minum susu.
kalau nak balik asrama,wajib ada sedozen susu kotak dutch lady.. (pagi2 xsempat sarapan,minum susu la jawabnya)
tapi,bukan nak story mory pasal zaman kanak2 dahulu kala..

Haaa...
ade satu perkara besar di sebalik dutch lady nih ...






kalau kat jordan,susu ni dipanggil laban.pak arab sgt suka makanan yg berteraskan laban ni.ermm,kalau nasi pun diorg makan dgn laban..Nasi Mansaf (kuah susu).. hanya org tertentu bisa bertahan nasi makan dgn susu.

bila sampai je kt bumi Jordan,terdengarlah pepatah labanan kholisan. ( لبنا خالصاً )
eh,apa plak tu? (kawan2 kt Malaysia selalu tanye)

rupa-rupanya ada dalam Al-Quran. (nnti boleh bukak surah An-Nahl :66) dlm Al-Quran pun cakap pasal susu.apa kaitan ?

susu = suci

of course susu tu suci kan.kalau ade je setitik sirap contohnya yg jatuh dalam susu tu,dah xjadi lah susu tu kan. hewhew..mestila sirap susu..

tapi nak cakapnya,susu tu terlalu suci dan bersih dari segala kotoran.dan  sgtlah x bercampur dgn apa2 pun.
refleks pada hati kita.mestila nak yang hati btol2 suci dari segala sifat2 yang mazmumah + nak hati yang betul2 ikhlas buat sesuatu tu lillahi ta3ala..

Yes! hanya kerna DIA..bukan kerna manusia..bukan kerna mak cik hidayah yang suruh.

cakap pom pang pom pang..tapi buat ke?

dengan tarbiyyah  Allah lah,kita mampu buat semua tu.
jom warnai kehidupan kita dgn tarbiyyah Allah. 






dengan tarbiyyah lah kita mampu menghasilkan amal yang susu tu ^^
meskipun ikhlas tu sukar,namun berkat usaha kita..insyaAllah..kita mampu buat semua tu.







"Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hamba-NYA.Ia tidak diketahui malaikat sehingga ia tiada kuasa menulisnya.Tidak diketahui syaitan sehingga ia tiada kuasa merosakkannya.. "


ikhlas lah seperti susu :)


* lepas ni,klau nak beli susu je mesti terbayang ikhlas..mudah-mudahan >.<







 






Sunday, 10 March 2013

:')



rindu bertandang ..
fikiran melayang ke sana..
terbayang suara Syeikh Maher Mueaqly (syeikh kegemaranku ^^ ),Syeikh Awad Al-Juhani (syeikh kegemaran abah),Syeikh Abdul Rahman Al-Sudais (syeikh kegemaran ibuku),Syeikh Saoud Shuraim (pun ibuku yg suka)..n ramai lagi syeikh yang best bacaannya..

~mostly,masing2 ade favourite syeikh masing2~ ^_^

Allah,
Rindunya..
hanya doa mampu ku tadahkan
moga dapat menjejakkan kaki ke tanah suci lagi..




air zam-zam kt Masjid Nabawi. biasanya ambil before solat subuh.. 
tong ni sentiasa penuh dan akan ada pilihan sama ada nak air zam-zam yang harr (panas) tp xdelaa panas sgt.suam-suam je ataupun barid (sejuk).


abah~ miss you so much :'(
time ni nak ziarah maqam Rasulullah..




menara jam di Masjid Nabawi




cepat2 pegi kt area syeikh haramain solat.betul-betul kt centre masjidilharam.




penghujung tempat sa'ie..p/s : abaikan org kt bwah..



miss the moment :'(







langit itu..





ku terdiam..
menatap langit itu..
sungguh,
bisa mencairkan keegoan yang menapak di dada
bisa mencairkan api kemarahan yang berbekas
bisa meredakan kebuntuan

ku terdiam..
 menatap langit itu..
terpaku.. 
mencari sesuatu yang mungkin ingin disampaikan-Nya,
tanpa cacat cela
tanpa duka
tanpa kalimat yang menghinakan 
 
Langit biru hari ini begitu cerah.
kicauan burung bersahutan masih terdengar,
Langit biru hari ini seakan mengusap
 segala kenangan yang terjadi seminggu yang lalu

Jika hari ini awan mendung masih menyelimuti wajah kita
Kemuraman, kesedihan, kemarahan, kebuntuan…
masih menyelubungi kita.
lontarkan semuanya itu,
jauh ke dasar bumi..

Lihatlah,
 hari ini langit tampak biru cerah,ceria
Sayang sekali jika hati ini, 
masih menyimpan segala kepahitan dan kegetiran diri.
Langit hari ini begitu cerah.
Semoga secerah langit ini secerah hatimu
 dalam menjalani hari demi hari.
 
 



Friday, 8 March 2013

syurga 'mumtaz' ?






berat sama dipikul ringan sama dijinjing~


semua orang nak berjaya.
nak dapat full mark
nak dapat mumtaz.
nak dapat A+
nak dapat 4 flat.

dan byk lagi "nak dapat" n seangkatan tentera dengannya.. errr

mesti la kan?
why not?

TAPI...

ada part yang sebenarnya kita lupa.
nak meraih surga yang tertinggi
surga pon byk level..

kan?

same goes with our result in exam,right? bukan nak surga yg biasa2..
hurm... sobs

jom usaha gapai surga yang tertinggi.. :)



credit to exam~

nak dapat mumtaz bukan senang.tapi mumtaz tu utk ape? jom muhasabah!

ada lagi 5 madah.
strive it for deen and ummah!


~time2 exam ni la mood nak menulis tu membuak2..^_^




 




 


 


 






Friday, 1 March 2013

awesome daddy!



di suatu pagi yang hening...


abah : jaga dri elok2 kt tempat orang,belajar bersungguh2.banyak tanya org arab.
   me : ye abah.insyaAllah.
           tapi abah yakin kt adah kan yg adah boleh jaga diri kt sini. 
           klau x, xkan abah nk anta adah pegi jordan. :D
abah : (gelak2 sbb tgk kenakalan anaknye)
 me   :  adah ade exam 4hb ni.madah dakwah..insyaAllah,pasni kne smangat la nk dakwah org.
abah : jawab elok2.. yang penting kne la selalu berjaga malam.
           berjaga malam bkn sebab solat malam je.
           tapi baca buku.fahamkan bahasa arab tu.
           hafal.
           muroja3ah subjek2 yang telah belajar dlm kelas.
  me : (dush!) tercampak brpe ribu kilometer dah.. 

abah : kadangkala kita rasa malas sgt nk belajar.tp ade masa kita rasa sgt semangat nk belajar.
           tu perkara biasa.yang penting kita tetap teruskan berjuang.4 tahun terlalu singkat.
           abah yakin.adah boleh.adah kuat semangat!

(bahasa yg digunakan tidaklah seindah yg disangka.tapi utk mudah difahami,gunalah bahasa baku)    ^_^



~alhamdulillah,bahagia bila dapat menatap insan yang disayangi.
ABAH! You are very awesome daddy. tutur kata yang bersahaja tu pon dh cukup meaningfull :)

*perkara yang xkan pernah berkurang kalau kita berkongsi dengan org lain.. 
apakah?

سعادة :)

~لم تقل بل أكثر وفرة

the best motivator! my abah :)
 

Thursday, 28 February 2013

sWeeT yEaRs ^ ^


Post ni sepatutnye dipublishkan pada 24 feb 2013.
disebabkan ade sedikit kekangan,so ditakdirkan utk tatapan semua pada hari ini.

ade ape dgn 24 feb tu?

err..xpelah.

yg penting...

i wanna to thank to everyone that help me enter to the 'dakwah carriage'.. (nmpak x bhasa kamus di situ ) 

bantulah saya..nak berlari dengan lebih pantas sepertimana atlet2 lain.. ^_^

semoga redha Allah mengiringi atlet2 yang nak menuju ke destinasi yang satu.. (maaf,bahasa agak terbunga sikit)




biar jauh,
biar penat,
biar apapun tohmahan,
biar dicaci,
biar dihina,
biar dipulaukan.
namun,
ku tetap jua pilih jalan ini.
meskipun jalan yang beribu batu jauhnya
jalan ini menjanjikan kenikmatan.
bukan di dunia,
tapi di akhirat sana.

~Oh Allah,please guide me to Your path :')

bismillah,secara officialnye saya dah....



twenty years old !

masa berlalu begitu pantas.

apalah sumbangan aku utk Islam? Allahurobbi :''(

 

kepada sesiapa yang berkaitan..eheh..





Winterbreak~Mesir Part ii




18 Januari 2013

meneruskan perjalanan ke Iskandariah atau nama omputihnye Alexandria.
Perjalanan dari Kaherah menuju ke Iskandariah memakan masa selama 3jam.
ada apa dgn Iskandariah? jom tgk..

Iskandariah nama sebenarnya..




bukan bot ye tpi sampan ^^







alhamdulillah,berpeluang naik sampan.perkasa btol arab nih.guna dayung bwk kteorg ronda2 sekitar kawasan kubu kitbir.sambil menikmati panorama yang sangat memukau pandangan,kami tadabbur ayat sekali.



 "Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan ,(dan berlayar) di lautan.Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal,dan meluncurlah (kapal) itu membawa mereka (orang2 yang ada di dalamnya) dengan tiupan angin yang baik,dan mereka bergembira kerananya; tiba2 datanglah badai dan gelombang menimpanya dari segenap penjuru,dan mereka mengira telah terkepung (bahaya),maka mereka berdoa dengan tulus ikhlas kpd Allah semata.(Seraya berkata),sekiranya Engkau menyelamatkan kami dri (bahaya) ini,pasti kami termasuk org2 yang bersyukur."  (surah yunus:22)


masyaAllah,tersentuh!.kadang2 bile susah baru la nk sungguh-sungguh berdoa pada Allah.as the conclusion,we have to be grateful of Allah.susah senang itulah tarbiyyah.pandanglah ia sebagai tarbiyyah daripada Allah. (:
   

subhanallah!


bertadabbur alam bersama mak cik arab.so awesome!

istana king farouk



Istana Raja Farouk di Iskandariyyah. Raja Farouk ialah raja yang terakhir dalam sejarah pemerintahan Mesir sebelum beliau digulingkan dan diganti dengan Jamal Abdul Nassir.




library kedua terbesar di ? (cuba teka)




AWAS! nak masuk library Alex ni bukan mcm masuk kedai runcit.siap ade scan bagai..dilarang bawa masuk beg.dan yang paling osem,masuk dikenakan bayaran...huhu.. 2 genih (bersamaan RM1)murah je.. ^^
MasyaAllah,terpaku seketika melihat kebesaran perpustakaan. 7 tingkat kot.. 
macam duk zaman Abbasiyyah plak waktu tu..mcm2 jenis buku ade.. subhanallah,banyaknye ilmu Allah..xterjangkau luasnya..


view from outside.. (besar gedabak)




19 Januari 2013

masjid al-azhar





alhamdulillah,sempat ziarah masjid al-azhar yg terletak di Kaherah.sangat kagum melihat kesungguhan pelajar bertalaqqi dengan syeikh masing2..
moga budaya ilmu yang diserap dgn fikrah bertebaran seantero dunia! 


berangan jap.. ^_^ pelajar tibb ain shams



rindu kalian! semoga sukses semuanye.



and the best moment... we meet in Egypt! Ukhwah until jannah.All the best you all.
yang paling kiri..kak Salihah Muda.congratulation! semoga menjadi doktor yg rawat hati2 manusia jugak..hehe


~seriously,tarbiyyah di bumi Mesir sgt haibat. setiap tempat tu pasti ade mutiara tersendiri.n kite yg kne korek2 nk dapatkan mutiara tu.. (eheh,bhasa apekah ni?)





ustaz Raihan cakap. "xcukup sekali pergi.klau minum air sungai Nil,pasti akan jejak lagi ke tanah Shams ni.."

we will meet again Egypt! InsyaAllah :)






semoga Allah redha n thabatkan kita dlm jalan ni.ameen~