Thursday, 28 February 2013

sWeeT yEaRs ^ ^


Post ni sepatutnye dipublishkan pada 24 feb 2013.
disebabkan ade sedikit kekangan,so ditakdirkan utk tatapan semua pada hari ini.

ade ape dgn 24 feb tu?

err..xpelah.

yg penting...

i wanna to thank to everyone that help me enter to the 'dakwah carriage'.. (nmpak x bhasa kamus di situ ) 

bantulah saya..nak berlari dengan lebih pantas sepertimana atlet2 lain.. ^_^

semoga redha Allah mengiringi atlet2 yang nak menuju ke destinasi yang satu.. (maaf,bahasa agak terbunga sikit)




biar jauh,
biar penat,
biar apapun tohmahan,
biar dicaci,
biar dihina,
biar dipulaukan.
namun,
ku tetap jua pilih jalan ini.
meskipun jalan yang beribu batu jauhnya
jalan ini menjanjikan kenikmatan.
bukan di dunia,
tapi di akhirat sana.

~Oh Allah,please guide me to Your path :')

bismillah,secara officialnye saya dah....



twenty years old !

masa berlalu begitu pantas.

apalah sumbangan aku utk Islam? Allahurobbi :''(

 

kepada sesiapa yang berkaitan..eheh..





Winterbreak~Mesir Part ii




18 Januari 2013

meneruskan perjalanan ke Iskandariah atau nama omputihnye Alexandria.
Perjalanan dari Kaherah menuju ke Iskandariah memakan masa selama 3jam.
ada apa dgn Iskandariah? jom tgk..

Iskandariah nama sebenarnya..




bukan bot ye tpi sampan ^^







alhamdulillah,berpeluang naik sampan.perkasa btol arab nih.guna dayung bwk kteorg ronda2 sekitar kawasan kubu kitbir.sambil menikmati panorama yang sangat memukau pandangan,kami tadabbur ayat sekali.



 "Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan ,(dan berlayar) di lautan.Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal,dan meluncurlah (kapal) itu membawa mereka (orang2 yang ada di dalamnya) dengan tiupan angin yang baik,dan mereka bergembira kerananya; tiba2 datanglah badai dan gelombang menimpanya dari segenap penjuru,dan mereka mengira telah terkepung (bahaya),maka mereka berdoa dengan tulus ikhlas kpd Allah semata.(Seraya berkata),sekiranya Engkau menyelamatkan kami dri (bahaya) ini,pasti kami termasuk org2 yang bersyukur."  (surah yunus:22)


masyaAllah,tersentuh!.kadang2 bile susah baru la nk sungguh-sungguh berdoa pada Allah.as the conclusion,we have to be grateful of Allah.susah senang itulah tarbiyyah.pandanglah ia sebagai tarbiyyah daripada Allah. (:
   

subhanallah!


bertadabbur alam bersama mak cik arab.so awesome!

istana king farouk



Istana Raja Farouk di Iskandariyyah. Raja Farouk ialah raja yang terakhir dalam sejarah pemerintahan Mesir sebelum beliau digulingkan dan diganti dengan Jamal Abdul Nassir.




library kedua terbesar di ? (cuba teka)




AWAS! nak masuk library Alex ni bukan mcm masuk kedai runcit.siap ade scan bagai..dilarang bawa masuk beg.dan yang paling osem,masuk dikenakan bayaran...huhu.. 2 genih (bersamaan RM1)murah je.. ^^
MasyaAllah,terpaku seketika melihat kebesaran perpustakaan. 7 tingkat kot.. 
macam duk zaman Abbasiyyah plak waktu tu..mcm2 jenis buku ade.. subhanallah,banyaknye ilmu Allah..xterjangkau luasnya..


view from outside.. (besar gedabak)




19 Januari 2013

masjid al-azhar





alhamdulillah,sempat ziarah masjid al-azhar yg terletak di Kaherah.sangat kagum melihat kesungguhan pelajar bertalaqqi dengan syeikh masing2..
moga budaya ilmu yang diserap dgn fikrah bertebaran seantero dunia! 


berangan jap.. ^_^ pelajar tibb ain shams



rindu kalian! semoga sukses semuanye.



and the best moment... we meet in Egypt! Ukhwah until jannah.All the best you all.
yang paling kiri..kak Salihah Muda.congratulation! semoga menjadi doktor yg rawat hati2 manusia jugak..hehe


~seriously,tarbiyyah di bumi Mesir sgt haibat. setiap tempat tu pasti ade mutiara tersendiri.n kite yg kne korek2 nk dapatkan mutiara tu.. (eheh,bhasa apekah ni?)





ustaz Raihan cakap. "xcukup sekali pergi.klau minum air sungai Nil,pasti akan jejak lagi ke tanah Shams ni.."

we will meet again Egypt! InsyaAllah :)






semoga Allah redha n thabatkan kita dlm jalan ni.ameen~










































Friday, 8 February 2013

Winterbreak ~Mesir Part i


Bismillah..
sedikit coretan pengalaman sepanjang 8 hari berada di bumi anbiya',Mesir..
bermulalah catatan yang penuh dengan tarbiyyah.
semoga bermanfaat untuk semua.


14 Januari 2013



alhamdulillah,tepat jam 7.30 pagi tiba di Cairo International Airport.Cuaca agak nyaman dan kedinginan. tapi xboleh lawan la cuaca kt jordan.serius lagi sejuk..disambut oleh akhawat Mesir dgn senyuman lebar gituu.. (:
masyaAllah,dah terasa ukhwah kimia kt situu... ^^



Semoga Allah redha dgn langkah ini. :)

15 Januari 2013

Sedikit perkongsian bersama Ustazah Maznah Daud kt DI,Madinah Nasr,Kaherah. terharu dapat jumpa.dan lagi terharu bila ustazah sempat lagi buat daurah kecilan utk ank2 jordan yang datang ke Mesir. Semoga Allah merahmati ustazah.. ameen (:
Menggapai Gagasan Syurga (bukan menggapai wawasan 2020 ye). 
point penting ustazah cakap kalau nak syurga tu mesti kne beramal.yelah.syurga kan special utk org yang beramal.bukan utk org yang duk ats kerusi goyang kaki sambil menikmati ayam crispy chicken.ewahh..

surah ali-Imran ayat 195.Allah bgtahu Allah takkan sia-siakan amal org yang beramal xkira male or female.dan sebagai pahala Allah masukkan dlm syurga.Subhanallah..nak syurga! so.. jom same2 beramal..
Hidup kt dunia ni Allah nak tgk amal..
amal yang mcm mne tu? amal yang ikhlas...

amal terbahagi kpd 2 :

1-amal yang terbatas manfaat (berakhir dgn kematian) contoh solat,puasa.bila dah mati,stop la amal tu.
2-amal yang tak terbatas manfaat (berterusan hingga hari kiamat) contoh sedekah,ilmu yang bermanfaat,doa ank yg soleh.

conclusion,mestila kita nak amal yang berterusan smpai hari kiamat.sebarkan kebaikan kt org dah dapat pahala.so,ape lagi?
jom rebut pahala :)
ustazah ckp lagi,amal yang terbatas tu perlu.tapi yang tak terbatas tu pon perlu jugak untuk bekalan kt alam barzakh nnti. (eh,nmpak mcm dua2 perlu)  That's why,ustazah ckp jangan pkir amal kita solat je..puasa je..so dah masuk syurga dgn senangnya.tp,sebarkan ape yang baik tu pon yang amal bantu kita nnti bila dah mati.dan yang pasti pahala tu berterusan..subhanallah!


16 Januari 2013

meneruskan perjalanan ke Ismailiyyah.tempat pengasas Ikhawanul Muslimin.
(sepanjang perjalanan mostly sume teruja tgk pemandangan.sebijik mcm M'sia) penuh kehijauan.maklumla,kt Jordan susah nk tgk pokok hijau.rumah pon x berwarna.~winkwink
Ustaz Haris selaku ketua rombongan jaulah kami banyak menceritakan perihal kehidupan Ustaz Hassan al-Banna.


 
Ustaz Haris  :)




dakwah IHAB di kedai kopi ^^
 

sekolah yg diasaskan oleh IHAB




raudhatus sakinah yg juga diasaskan oleh IHAB

kalau la perasan,bangunan tu ade lambang IM (ikhwanul muslimin).tp dah makin pudar sebabnya ade org cuba utk menghapuskan lambang tu. xnak bagi ade kesan langsung. tp still lagi boleh nampak sekarang ni.

ustaz xde la cerita terlalu detail sbb ustaz kasi homework kt kteorg.baca buku sejarah kehidupan ustaz IHAB... 



 17 Januari 2013

 Pyramid of Giza,Egypt

 Seperti yang sedia maklum,piramid kt mesir ni antara 7 keajaiban dunia.
It is the oldest of the 7 Wonders of the ancient world that remains even today.Org putih punye pandangan.
Hakikatnya,tiada yang ajaib kt dunia ni.sume kuasa Allah.
buat penat je org putih duk kaji. ^_^

Al-Quran telahpun ada jawapan. 
 
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. 

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ


“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”

(Al-Qasas: 38)

Lihat!
Allah dah bgtahu dlm Al-Quran.(senyum puas hati).Tp,nak cakap kt sini kt piramid tu langsung tak de awan dan agak panas cuaca di situ.tempat laknat tp Allah still jaga.why? sbb Allah nk tunjuk kt umat zaman sekarang supaya ambil ibroh.semua yang berlaku atas muka bumi ni Allah xjadikan ia sia-sia..

wallahua'alam...


to be continue~