Saturday, 18 May 2013
# Homesickness
#1
anak : assalamualaikum,boleh bercakap dengan puan zainon?
ibu : (gelak-gelak santun) ye..ni puan zainon bercakap.tadi adah ke yang call rumah?
anak : alamak..ma ni perasan je suara adah.baru nak menyamar jadi "pegawai" td..(terkantoi)
ibu : suara anak.mestilah.
anak : (diam terkedu plus terharu)
#2
anak : boleh bercakap dengan encik Abdul Rahman?
ayah : (gelak-gelak sopan). adah la ni..
anak : abah!!! hehe.. kena cuba menyamar lagi lah.cubaan pertama tak berjaya.
abah...
esok adah exam bahasa russia.abah doakan tau.
ayah : abah selalu doakan untuk adah.insyaAllah..adah berjaya.
anak : abah,adah nak kata-kata semangat dari abah boleh?
rindu nak dengar abah bagi nasihat.
(cuak sebab tempoh bercakap tinggal beberapa saat lagi)
ayah : adah,
ومن طلب العلا سهر الليالى
(Sesiapa yg mencari ketinggian/kemuliaan, maka hendaklah dia berjaga malam)
ingat,jangan terlalu banyak makan,sekadar alas je.
teeeeeeetttttttttttttt....
anak : abahhhh..... (menangis dalam hati)
x sempat jugak nak dengar abah menghabiskan kalamnya yang terakhir.abah...
rindu abah ma... :"(
kali ni tersentap lagi.abah selalu pesan.nak dapat ilmu bukan senang.nak dapat betul-betul kepekatan ilmu tu kena korbankan masa,tenaga,waktu tidur....dan nafsu makan (yang ni paling terasalah.hoho..lebih-lebih lagi time exam) mulalah nak makan tu,makan ni.
perbualan ni sebenarnya panjang je.tapi ringkaskan.kata orang,amek yang khowatir je yang nak share kt org..^^
Abah,abah sangat osem.abah suka buat adah terharu.
Ma,ma sangat menarik.kalau time cakap je mesti ma akan tanya,kt sana dah masuk musim apa?
by the way,ma suka bunga.mesti ma ingat musim bunga lagi..hehe
Hurmm,beribu batu jauh mana pun anaknya tinggal,mak ayah tetap dapat cam suara anaknya.
apa yang terdetik,apa yang diperlukan,apa yang nak diceritakan.
Allah,mukjizat sungguh!
Nak tipu mak ayah? kononnya takde masalah.silalah!
tapi bau tu dapat dihidu jugak..
nak tipu cakap takde duit? tafaddhol..
nanti tgk dalam bank tetiba amount naik. >.< (makan cili rasa pedas,makan ayam goreng terasalah kerangupannya.ehehh..)
#3
untuk itu,ana menyarankan kt sume kengkawan di luar sana,jagalah hak mak ayah kita.orang cakap,di mana pun kita berada,sesungguhnya kita bawak wajah mak ayah kita.
hargailah mak ayah sementara mereka masih ada.mereka perlukan ke"caring"an kita..ehehh..
at least dalam seminggu, mesti ada sekali call mak ayah.
bila duduk jauh ni,penyakit homesick tu normal.especially time mood exam.
#mood homesick
Friday, 10 May 2013
Tuhan Itu Dekat..
Ketahuilah bahawa setiap zarah pengorbanan kita di atas jalan dakwah tarbiyah ini,
dikira sebagai amalan kebaikan di sisi-Nya nanti,
maka di manakah rugi?
Jangan disangka bahawa Allah tidak memandang kita ini,
sesungguhnya Dialah Yang Maha Melihat,
Maha Mendengar,
Maha Adil,
dan tidak akan sesekali menzalimi.
Apa gunanya hidup sebagai muslim,
tetapi tidak menyebarkan Islam,
apa guna dicaci agenda kristinisasi,
jika Muslim tidak menggerakkan agenda Ilahi bermula dari diri sendiri?
Maka hiduplah sebagai hamba,
diri ini Ilahi punya,
taat perintahNya jauhi laranganNya,
kita duta-duta buat agamaNya.
~INI KALILAH! ohoi... gerabak terus berjalan tanpa hentinya.....
Subscribe to:
Posts (Atom)