"Dan demi sesungguhnya,
Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang
dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat lehernya"
(Surah Qaaf :16)
Ya Allah, hinggakan pada posisi mata! Mata yang meng’usha’, mata yang terpana pada raut wajah yang Allah gesa supaya tundukkan pandangan mata! Pandangan mata yang dia kira, dia seorang sahaja yang tahu, rasa dan fahami. Sungguh itu tidak lepas dari pengetahuan Allah SWT!
(jaga-jaga dengan mata!dari mata turun ke hati ) >.<
Hinggakan pada hati yang was-was! Hinggakan pada lintasan hati dan fikiran yang bermain-main dalam dirinya sendiri. Dia mengira, semua itu sekadar dalam diri dan hati, sedang manusia lain tak ketahui. Tak dengar. Tetapi sedarilah, hakikatnya Allah tahu!
Sungguh, tiada satu pun, terselindung di balik pengetahuan Allah yang Maha Mengetahui!
Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.
Rasulullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”
Bila membayangkan kedudukan diri di akhirat nanti, dengan kedaan hati yang sebegini… entah di kedudukan manakah kita kelak ?
Di posisi manakah kau, hati? |
Di posisi manakah kau, hati?
Di posisi manakah kau, hati?
serius! Menguruskan segumpal daging dalam diri yang bernama hati ini, rumit. cukup RUMIT.
manusia tak mampu nak menilai dengan kaca mata. hanya Allah je yang menimbang tara sejauh mana hati kita benar-benar tertaut pada-NYA.
oh hati,kembalilah pada DIA Yang Maha Esa.
Sehubungan dengan itu, imam Al-Ghazali memberi panduan :
“Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu ketika bangun
membaca Al-Quran. JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan
solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati
mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT,
pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak
mempunyai hati.”